Forever Young

Tidur yang lena
Dec 9, 2011 ? 0 Atashinchi ?
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tumblr_lvwdd6ar291r2natqo1_1280_large

Usai solat Isyak. Terjaga daripada tidur yang lena. Yeah, mimpi yang agak menakutkan. Dua pesanan sms masuk. Kandungan yang sama dari semalam dan aku still tak sedar bila masuknya kerana telefon di silent.

Ya Allah.. sahabatku yang membaca ini adalah sahabat yang baik.. jujur.. sabar dan aku menyayangi sebagai seorang kawan tolong tingkatkan kehidupannya.. begitupun jika dia melangkah menuju kejayaan.. selamatkanlah dia dan berikanlah dia peluang, semangat kesungguhan serta keyakinan untuk mencapai kejayaan dalam PMR nanti.. semoga kejayaan mengiringinya pada 23/12 ini. AMIN

## Isi kandungan mesej yang di tulis sebagai sebuah doa. (nanti aku akan forwardkan ye)

Hati sekarang mula berbelah bagi sama ada nak pergi ke teknik atau masih di sekolah lama *walaupun still ta dapat keputusan*. Banyak benda yang perlu di ambil kira (mama abah kawan kawan). Sejak dua menjak ni, aku selalu terfikirkan benda ni. Masih menjadi tanda tanya ? Ikutkan hati sendiri memang nak pergi sangat. Tapi bila di ikutkan hati sanubari ni, mula kesian dekat mama and abah.

  • Nanti siapa nak temankan mama balik kampung?
  • Siapa nak teman mama bila takdak sapa kat rumah?
  • Siapa nak tolong mama kemas rumah bila kakak abang aku nak balik?
  • Siapa nak temankan mama bila abah nak masuk ospital?
  • Siapa nak teman mama bila mama nak pergi KL jumpa cucucucunya?
  • Siapa nak ikut mama pergi kedai?
  • Siapa nak kacau mama bila mama tengah berehat kat dalam bilik?
  • Siapa nak habiskan duit mama pergi McD?
  • Siapa nak ajak mama pergi transfer duit dari bank sebab beli barang online?
  • Siapa nak ajak mama jalanjalan bila mama baru mula nak tengok berita pukul 8malam?
  • Siapa yang mama nak marah bila bangon lambat nak pergi sekolah?
  • Siapa yang mama nak bising bila lambat solat maghrib?
  • Siapa yang nak gerak mama bangon pagi bila cuti sekolah?
  • Siapa yang nak mintak duit belanja dekat mama tiaptiap pagi?


There to many thing I do with MAMA. Mama adalah dunia aku. Mama adalah segalanya. Aku tak kesah apa korang nak cakap yang aku ni anak manja bila baca entry ni sebab ini memang kenyataan. Aku memang manja dengan mama! Mana lagi tempat aku nak bermanja kalau bukan mama, kakak abang aku semua dah dewasa. Dah kahwin. Jarak umur kami sangat jauh.Cuma mama je yang aku ada. Aku memang tak rapat dengan abah, so jangan tanya kenapa!

ppfffffft: Aku menangis lagi depan lappy! Sekarang dah almost pukol 6pagi. Mama dah bangon. Aku dengar bunyi mesin basoh tandanya mama sudah basoh kain. Aku dengar bunyi pinggan mangkuk tandanya mama sedang pasung pinggan di sinki. Aku dengar bunyi sterika di letak tandanya mama iron baju kurung. Aku dengar bunyi shower tandanya mama tengah mandi air panas. Aku dengar mama menjerit tandanya mama suruh bangon semayang subuh. Aku dengar bunyi suis ditutup tandanya mama dah tutup semua lampu. Aku dengar bunyi pintu dan gril ditolak tandanya mama dah keluar. Aku dengar injin dihidupkan tandanya mama sudah berada didalam kereta. Tiada lagi bunyi yang kedengaran tandanya mama sudah pergi.




Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction